Orang ramai membawa pulang sebahagian barangan keperluan yang di beli pada Program Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 Daerah Gombak di Dataran Niaga Siantan, Gombak pada 16 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di Karnival Selayangku Sayang hujung minggu ini

SHAH ALAM, 29 FEB: Orang ramai dijemput hadir ke Karnival Selayangku Sayang 2024 di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang pada Sabtu dan Ahad ini.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan program anjuran bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dari jam 9 pagi hingga 10 malam menyediakan pelbagai aktivi menarik.

Antara acara ialah jualan murah keperluan asas melalui Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan barang persekolahan selain pemberian sayuran dan aiskrim percuma.

Turut diadakan pertandingan sukan rakyat, Raja Buskers dan aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang menawarkan hadiah wang tunai.


Pengarang :