Pemain pasukan Selangor FC meraikan jaringan gol ketika menentang pasukan Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Darul Aman pada 2 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia: Lapan pemain Selangor FC sertai kem latihan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyenaraikan 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 8 Mac ini, sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Omar pada 21 Mac.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 21 daripada 26 pemain yang beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas dikekalkan.

Sementara 12 muka baharu dipanggil kali ini turut membariskan pemain dari skuad bawah 23 tahun (B-23) antaranya Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Haqimi Azim Rosli, Nooa Laine dan Ahmad Zikri Khalili.

Sebahagian daripada 33 pemain terbabit akan melapor diri pada 15 Mac dan sejurus selepas kehadiran mereka itu, beberapa pemain B-23 akan dilepaskan ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido.

Menurut Pan Gon, persediaan awal perlu dibuat bagi menghadapi dua perlawanan penting menentang Oman meskipun menyedari pasukan kelab sedang sibuk menjalani latihan pramusim Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula 10 hingga 12 Mei ini.

“Kita faham pasukan-pasukan kelab sedang menjalani latihan pramusim dan pada masa sama, Kalendar Perlawanan Antarabangsa pula hanya akan bermula dari 18 hingga 26 Mac 2024.

“Selepas perbincangan dengan kelab-kelab terlibat, sebahagian pemain hanya akan melapor diri pada 15 Mac kerana saya faham yang mereka baru saja kembali dari bercuti dan baru memulakan latihan bersama kelab, berbanding pemain-pemain lain yang telah lebih awal turun berlatih bersama kelab masing-masing,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam perlawanan ketiga Kumpulan D pada 21 Mac di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat sebelum melayan kunjungan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac.

Berikut senarai 33 pemain dipanggil Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat ini:

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – Johor Darul Ta’zim FC
2. Matthew Davies – Johor Darul Ta’zim FC
3. La’vere Lawrence Corbin-ong – Johor Darul Ta’zim FC
4. Endrick Dos Santos – Johor Darul Ta’zim FC
5. Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC
6. Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC
7. Mohamed Syamer Kutty Abba – Johor Darul Ta’zim FC
8. Junior Eldstal – Johor Darul Ta’zim FC
9. Romel Morales – Johor Darul Ta’zim FC
10. Mohamad Faisal Abdul Halim – Selangor FC
11. Sharul Nazeem Zulpakar – Selangor FC
12. Harith Haiqal Adam Afkar – Selangor FC
13. Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC
14. Nooa Hamzah Laine – Selangor FC
15. Ahmad Zikri Mohd Khalili – Selangor FC
16. V Ruventhiran – Selangor FC
17. Muhammad Aliff Izwan Yuslan – Selangor FC
18. Mohd Suhaimi Husin – Terengganu FC
19. Muhammad Safawi Rasid – Terengganu FC
20. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Terengganu FC
21. Muhammad Azam Azmi Murad – Terengganu FC
22. Safwan Mazlan – Terengganu FC
23. Dominic Tan – Sabah FC
24. Daniel Sang Ting – Sabah FC
25. Stuart John Wilkin – Sabah FC
26. Darren Lok – Sabah FC
27. Muhammad Azri Ab Ghani – Kuala Lumpur City FC
28. Paulo Josue – Kuala Lumpur City FC
29. Muhammad Haqimi Azim Rosli – Kuala Lumpur City FC
30. T Saravanan – Sri Pahang FC
31. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman – Penang FC
32. Dion Johan Cools – Buriram United
33. Brendan Gan

-BERNAMA


Pengarang :