Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Seri Setia di Kelana Mall, Kelana Jaya pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Bina laluan pejalan kaki bertutup ke LRT demi keselamatan warga Seri Setia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

PETALING JAYA, 3 MAC: Lebih banyak kemudahan dan prasarana di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal dibina dan dinaik taraf demi keselesaan penduduk.

Wakil rakyatnya Dr Fahmi Ngah berkata antaranya termasuklah membina lebih banyak laluan pejalan kaki bertutup sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glennmarie dan pusat beli-belah Paradigm.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Bandar Petaling Jaya mengenai cadangan ini kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada penduduk tetapi keselesaan untuk semua.

“Selain itu, laluan pejalan kaki juga dilengkapi dengan lampu jalan mengambil kira faktor keselamatan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina peringkat DUN Seri Setia di Kelana Mall, semalam.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah (tengah) menggaul ‘yee sang’ pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Seri Setia di Kelana Mall, Kelana Jaya pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Terdahulu, lebih 600 pengunjung pelbagai bangsa hadir memeriahkan sambutan. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Pua Pei Ling, ADN Rawang Chua Wei Kiat, ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.

Pada majlis sama Dr Fahmi turut meluangkan masa beramah mesra dan menyampaikan sumbangan angpau kepada warga emas serta kanak-kanak.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah memberi angpau kepada kanak-kanak dan warga emas pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Seri Setia di Kelana Mall, Kelana Jaya pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :