EXCO Perumahan, Kebudayaan Borhan Aman Shah pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Tubuh jawatankuasa khas inisiatif pengeluaran hak milik strata, permudah urusan pemilik

SHAH ALAM, 5 MAC: Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa khas inisiatif pengeluaran hak milik strata bagi perumahan dan hartanah, maklum EXCO perumahan.

Borhan Aman Shah berkata jawatankuasa itu antara lain berperanan merancang strategi bagi menyelesaikan isu skim strata bagi pemilik perumahan atau hartanah yang belum mempunyai hak milik strata.

“Merujuk kepada rekod Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) terdapat pangsapuri yang masih belum mempunyai hak milik strata walaupun telah lama didiami.

“Isu ini akan memberi kesan terhadap pemilik strata untuk membuat sebarang urus niaga ke atas petak tersebut disebabkan itu Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Sebelum ini dalam Belanjawan 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah hak milik tertinggi dengan anggaran 1.5 juta hak milik tanah dan 800,000 hak milik strata.


Pengarang :