EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Program negeri, persekutuan diselaras perkukuh perpaduan belia

SHAH ALAM, 6 MAC: Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 yang dibangunkan Kerajaan Negeri diselaraskan dengan program Rakan Muda bagi pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan belia.

EXCO belia berkata program itu antaranya kepimpinan dan literasi politik dengan rakan demokrasi, pendidikan dan rakan mahir serta keseimbangan alam sekitar berserta rakan bumi.

Meliputi 10 gaya hidup dan domain, Najwan Halimi menjelaskan Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menjalankan inisiatif itu supaya manfaatnya dapat dinikmati belia antara 15 hingga 30 tahun.

“Program Rakan Muda dikenali masyarakat sejak dilancarkan pada 1994. Bagi mempromosikannya di Selangor, PeBS boleh melaksanakan program di kawasan berpandukan DBS 2020.

“Penglibatan Ahli Dewan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi negeri boleh diselaras dengan membawa kedua-dua agenda Malaysia Madani dan Kita Selangor,” katanya dalam sidang Dewan Negeri.

DBS yang diluluskan dalam sidang dewan pada 9 Disember 2021 merupakan manual untuk memandu hala tuju dan penimbang tara kepada program pembangunan belia semasa.

Pada 25 Jun 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 10 gaya hidup bagi memperkukuh inisiatif Rakan Muda selaras cita rasa dan minat generasi belia hari ini.


Pengarang :