Harga runcit petrol RON97, RON95 serta diesel masing-masing kekal RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai 7 hingga 13 Mac 2024. Foto Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Harga RON97, RON95, diesel kekal hingga 13 Mac

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai esok hingga 13 Mac ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

– BERNAMA


Pengarang :