Aksi beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada aksi suku akhir Masters Thailand di Stadium Nimibutr, Bangkok, Thailand pada 2 Februari 2024. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia
AGENDASUKANKINI

Badminton Terbuka Perancis, Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Perancis 2024 selepas mengetepikan cabaran beregu senegara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing hari ini.

Pertembungan pusingan pertama berlangsung di Arena Porte de la Chapelle di Paris, Tang Jie-Ee Wei berada di ranking kesembilan dunia hanya mengambil masa 42 minit untuk menundukkan Kian Meng-Pei Jing dengan keputusan straight set 21-15, 21-18.

Ia merupakan kemenangan kedua Tang Jie-Ee Wei ke atas beregu profesional negara itu selepas Terbuka Malaysia 2023, Januari lepas.

Menanti mereka di pusingan 16, pilihan keempat kejohanan dari China, Feng Yanzhe-Huang Dongping yang mara selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai.

Tiga lagi wakil negara membabitkan perseorangan lelaki Lee Zii Jia serta beregu wanita masing-masing Pearly Tan-M. Thinaah dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut akan beraksi pada pusingan awal kejohanan itu awal pagi ini.

— BERNAMA


Pengarang :