Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim (tengah) bersama Datuk Bandar Shah Alam IR Cheremi Tarman bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA rai 119 kakitangan cemerlang, seru terus beri khidmat terbaik

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 MAC: Seramai 119 warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 semalam.

Berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA di sini, kesemua penerima APC membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil simpanan premium BSN bernilai RM400 dan sijil penghargaan.

Manakala 19 warga kerja lagi menerima Anugerah Khas Perkhidmatan dengan masing-masing menerima wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim (tengah) bersama Datuk Bandar Shah Alam IR Cheremi Tarman (kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan MBSA di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Majlis penyampaian APC disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim diiringi Datuk Bandar Shah Alam IR Cheremi Tarman.

Sementara itu, Haris mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan berharap kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkhidmat dengan cemerlang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MBSA 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Penerima anugerah turut diingatkan untuk tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi sebaliknya berusahalah untuk merealisasikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

“Walaupun ia perkara kecil seperti menyelesaikan isu banjir di Sri Muda atau flat perumahan rakyat serta kos rendah, kita harus bergerak secara berpasukan dengan memberi komitmen tinggi seterusnya mencipta kejayaan demi kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.


Pengarang :