Peta menunjukkan sebahagian jalan di Jalan Teluk Piah Kanan, Mukim Pekan Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih dan turapan bermula 7 Mac 2024. Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor
AGENSISELANGOR

Jalan Teluk Piah Kanan ditutup sementara bagi kerja baik pulih

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 8 MAC: Sebahagian Jalan Teluk Piah Kanan di Kuala Selangor ditutup bagi kerja baik pulih dan turapan bermula 7 Mac hingga 30 April ini, maklum Infrasel Sdn Bhd (Infrasel).

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu menerusi Facebook menjelaskan pembaikan mulai 10 malam hingga 6 pagi menggunakan kaedah CIPR dan kerja berkaitan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

“Sehubungan itu, laluan terlibat dalam kerja pembaikan akan ditutup sementara kepada semua kenderaan bagi menjamin keselamatan serta kelancaran pengguna jalan raya.

“Pengguna diarahkan untuk mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi berkenaan,” katanya.

Pada 22 Ogos tahun lalu, Eksekutif Operasi Infrasel Abdullah Hanif Abd Ghalib berkata pelaksanaan 93 projek baik pulih jalan secara besar-besaran di seluruh negeri mencapai 86 peratus.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata menjelaskan berskala besar berjumlah RM50 juta bertujuan memastikan jalan raya negeri berada dalam keadaan baik.

Jalan terlibat meliputi 66 di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (8).

 


Pengarang :