AGENDANASIONAL

Petaling, Gombak, KL antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 8 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga enam petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka berlaku di Kuala Lumpur selain beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :