Petugas menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program sumbangan MBI kepada komuniti Damansara Damai di Dewan Blok L Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM4 juta laksana pelbagai program sepanjang Ramadan

PETALING JAYA, 9 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM4 juta bagi program Ihya Ramadan tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan itu merangkumi sumbangan kepada masjid, surau, golongan asnaf dan penganjuran berbuka puasa.

“Kita akan jelajah ke seluruh daerah dan menyerahkan sumbangan ini sepanjang Ramadan dan petang ini kita ke Gombak untuk serahan kepada masjid dan surau di daerah itu.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui dalam program sumbangan MBI kepada masyarakat di Dewan Blok L Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Kita juga anjurkan beberapa program lain termasuk majlis iftar bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan edaran juadah berbuka puasa di beberapa lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan 150 bakul makanan kepada penduduk kurang berkemampuan di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Komuniti Madani Damansara Damai sebagai dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.


Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (dua kiri) bersama Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada komuniti Damansara Damai di Dewan Blok L Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Selain itu, Ahmad Azri turut menyerahkan komputer riba kepada Mohamad Adib Haikal Nor Affendi, 14, yang dianggap sebagai ‘unsung hero’ kerana menyelamatkan mangsa kebakaran di pangsapuri itu pada 12 Februari lalu.

Sebelum ini, media melaporkan enam beradik nyaris maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Blok Q, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai di sini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (dua kiri) bersama Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Pua Pei Ling (kanan) menyerahkan komputer riba kepada Mohamad Adib Haikal Nor Affendi, 14, dalam program sumbangan MBI kepada komuniti Damansara Damai di Dewan Blok L Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Difahamkan kebakaran berlaku ketika ibu bapa empat kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki berusia dua hingga 11 tahun itu tiada di rumah.

Mohamad Adib Haikal yang juga jiran mereka ternampak kepulan asap dari rumah itu sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan perkara berkenaan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (lapan, kiri) bersama Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan Pua Pei Ling (empat, kanan) bergambar bersama penerima sumbangan di Dewan Blok L Pangsapuri Idaman, Damansara Damai pada 9 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :