Orang ramai mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ketika Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak: Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 28 Januari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

4.32 juta individu kemas kini sistem pangkalan data, Selangor rekod 650,000

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Seramai 4.32 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia sudah mengemas kini data di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Berdasarkan status dimuat naik di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 0.65 juta individu telah mengemas kini data manakala Sarawak (0.57 juta), Johor (0.41 juta), Perak (0.39 juta), Sabah (0.36 juta) dan Kedah (0.29 juta).

Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 0.28 juta orang, Pahang (0.24 juta), Pulau Pinang (0.23 juta), Terengganu (0.23 juta), Negeri Sembilan (0.18 juta), Melaka (0.12 juta), Perlis (0.06 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.02 juta) dan Labuan (0.01 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup pada 31 Mac ini, sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

– BERNAMA


Pengarang :