BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA tawar potongan kompaun terpilih hingga 70 peratus sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 12 MAC: Orang ramai berpeluang menikmati pengurangan kompaun parkir RM20 selain potongan 70 peratus bagi kompaun terpilih bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sepanjang Ramadan ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kempen yang bermula hari ini hingga 9 April bertujuan menggalakkan orang ramai melunaskan kompaun.

“Ayuh rebut peluang ini untuk menyelesaikan kompaun tertunggak anda,” tulisnya di Facebook hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kewangan MBSA menerusi talian 03-5513 3919.


Pengarang :