Seorang wanita Palestin berdiri di atas runtuhan susulan serangan berterusan Israel di Rafah, Semenanjung Gaza pada 3 Februari 2024. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

31,341 angka korban di Gaza, lebih 73,000 cedera sejak Oktober

BANDARAYA GAZA, 14 MAC: Sekurang-kurangnya 31,341 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, kata Kementerian Kesihatan di wiayah terkepung itu pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata jumlah penduduk yang cedera meningkat kepada 73,134 orang, lapor Agensi Anadolu.

“Sekurang-kurangnya 69 orang maut dan 110 yang lain cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lepas.

“Ramai penduduk dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah.

-BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :