SHAH ALAM, 19 MAC: Orang ramai sekitar Hulu Langat boleh mengemas kini data masing-masing di kaunter fizikal Pangkalan Data Utama (Padu) yang dibuka sejak semalam hingga 24 Mac.
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor memaklumkan kemudahan itu dibuka di 30 lokasi sepanjang tempoh berkenaan bagi memudahkan urusan orang ramai.
Menerusi infografik di laman X, agensi berkenaan turut mengingatkan orang ramai untuk membawa kad pengenalan, telefon bimbit dan maklumat akaun bank.
Berikut lokasi kaunter fizikal Padu di Hulu Langat:
Semalam, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli memaklumkan sehingga 17 Mac lalu sebanyak 5.43 juta individu di seluruh negara telah mengemas kini data masing-masing di dalam Padu
Selangor mendahului senarai bagi kawasan yang belum diliputi Padu iaitu 1,282 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (992), Sarawak (765), Sabah (620), Johor (271), Pulau Pinang (243), Kelantan (228), Kedah (157), Pahang (70), Perak (67), Terengganu (35), Negeri Sembilan (lapan), Perlis (tujuh), Putrajaya (lima) dan Melaka (dua).