EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 6 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor bakal perkenal dasar perubahan iklim, bantu persediaan hadapi bencana

SHAH ALAM, 20 MAC: Kerajaan Negeri bakal perkenal dasar perubahan iklim bertujuan memberi penerangan berhubung situasi terkini dan persediaan sekiranya berlaku bencana alam.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata dasar ini turut menerangkan isu yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

“Setakat ini, tiada lagi dasar perubahan iklim dan Selangor merupakan negeri pertama yang bakal mewujudkannya. kita juga fokus untuk tambah baik mitigasi dan teknologi hijau.

“Ini yang kita masukkan dalam rancangan pada masa hadapan di bawah Kerajaan Negeri,” katanya ketika dihubungi,

Tahun lalu, Kerajaan Negeri menubuhkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau bagi menangani isu perubahan iklim sekali gus mengurangkan pembebasan karbon.

Kerajaan Negeri turut melaksanakan perbandaran hijau dengan mengguna pakai Kerangka Bandar Rendah Karbon dalam perancangan dasar di semua peringkat pihak berkuasa tempatan.

Selangor dilandar banjir besar pada Disember 2021 susulan purata taburan hujan luar biasa iaitu 380 milimeter yang menyamai jumlah purata taburan hujan sebulan selain kejadian air pasang.


Pengarang :