Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 21 Mac 2024. Hadir sama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan berkenan rasmi Masjid Jamek At-Tuqo, serah sumbangan raya kepada 466 asnaf

TANJUNG KARANG, 21 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Jamek At-Tuqo, Kampung Sungai Sireh di sini, hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 466 asnaf membabitkan jumlah keseluruhan peruntukan RM233,000 sebelum berbuka puasa bersama rakyat.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf fakir miskin daerah Kuala Selangor pada majlis perasmian Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sultan Sharafuddin juga berkenan melafazkan titah perasmian Masjid Jamek At-Tuqo sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan majlis itu.

Sultan Selangor dan Raja Muda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah di masjid berkenaan bersama rakyat.

Perasmian Masjid Jamek At-Tuqo itu merupakan masjid kedua dirasmikan Sultan Sharafuddin sepanjang Ramadan.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai ketika hadir merasmikan Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Masjid Jamek At-Tuqo berkeluasan dua ekar dibina pada 1950 dan dibaik pulih dari semasa ke semasa serta kini mampu memuatkan 700 jemaah dalam satu masa.

Masjid berusia 74 tahun itu masih mengekalkan alat kentung untuk memberitahu penduduk masuknya waktu solat.

Masjid Jamek At-Tuqo di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Kuala Selangor dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 21 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :