Makaroni dimasak di dalam kawah keju Grana Panado. Sebiji keju besar ini bernilai antara RM6,000 hingga RM8,000
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Aneka juadah gharib gamit pengunjung bazar Ramadan

Islam mengutamakan juadah yang halal. Dari negara mana ia berasal, asing atau tempatan, bukannya masalah besar. Tepuk dada, tanya selera.

Dengan pesatnya limpahan budaya luar dalam arus globalisasi, juadah di bazar Ramadan turut berubah. Juadah tempatan yang berasaskan budaya Melayu, India dan Arab diasak cita rasa lebih pelbagai.

Dahulu nasi beriani, ayam percik dan apam balik sudah menjadi kelaziman. Kemudian muncul burger dan roti john. Kini lebih banyak pilihan terbentang: dari Sepanyol, Itali, Korea Selatan, Jepun, China dan Filipina.

Makanan luar atau gharib diolah mengikut lidah tempatan. Malah ia diperagakan dengan dekorasi menarik bagi menambat hati pengunjung bazar Ramadan.

Wartawan NADIAH ZAMLUS cuba menjejak perubahan selera waktu berbuka. Jurufoto REMY ARIFIN dan MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN merakam hidangan menarik di bazar Ramadan Stadium Shah Alam dan Kompleks PKNS Shah Alam antara 14 hingga 19 Mac.

Buko, pencuci mulut Filipina dengan lapan perisa di bazar Stadium Shah Alam. Perisa mangga dan laici antara yang paling laris

 

Gerai Kuhot memperkenal apam balik berinti pizza di bazar Kompleks PKNS, istimewa sepanjang Ramadan sahaja

 

Kuih tokio daripada resipi Thailand dijual hampir 1,500 keping sehari di bazar Stadium Shah Alam

 

Corndog, menu berasaskan sosej dari Korea Selatan sering menjadi perhatian kanak-kanak yang berkunjung ke bazar stadium

 

Berasal dari India, panipuri yang berasaskan tepung soya boleh dihidang dengan pelbagai jenis pencecah

 

Berasaskan adunan donut, hidangan ini diolah dalam bentuk bulat. Berharga RM4.50 sekeping, ia mempunyai perisa strawberi atau coklat

 

Pengunjung ke bazar Kompleks PKNS boleh mencuba jeli pelbagai perisa dengan potongan buah segar

 

Tauhu dengan inti lima rasa iaitu daging, ayam, udang, ketam dan ikan. Satu set lima jenis inti ini dijual RM10

 

Tiga jenis kek ini berharga RM5. Dijual oleh Modernecks, hampir 200 kotak sehari habis di bazar Kompleks PKNS

 

Air balang pelbagai warna dengan perisa yogurt dijual di bazar Stadium Shah Alam. Lebih 500 gelas terjual setiap hari

 

Churros, makanan popular dari Sepanyol, antara menu menarik di bazar Stadium Shah Alam

 

Lebih kecil, donut ini disalut serbuk biskut Biscoff dan Oreo, dua jenama popular sebagai perisa juadah

 

Comel dan nampak sedap, pankek mini Baby Pancakes dijual di gerai Thirsty No More dengan sembilan perisa

 

Hidangan roti berdaging berasal dari tanah besar China boleh didapati di bazar Stadium Shah Alam

 


Pengarang :