Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sidang media pasca peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya pada 4 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Pendaftaran Padu naik mendadak, elak kemas kini di saat akhir

SHAH ALAM, 25 MAC: Pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) meningkat kepada 7.7 juta setakat semalam berbanding 5.4 juta pada 17 Mac lalu.

Justeru Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli menyarankan orang ramai yang belum mendaftar untuk segera berbuat demikian dan tidak menunggu di saat akhir.

“Daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1 peratus.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari menjadi platform tunggal maklumat individu dan isi rumah, sekali gus meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang benar-benar layak.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang www.padu.gov.my sehingga 31 Mac.


Pengarang :