Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri ketika majlis berbuka puasa anjuran Yayasan MRCB di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya pada 27 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan berbuka puasa bersama rakyat, serah sumbangan Aidilfitri 500 penerima

PETALING JAYA, 27 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat anjuran Yayasan MRCB di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya di sini semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Naib Eksekutif MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Hadir sama menyambut baginda ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Agama Dr Fahmi Ngah, EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan EXCO Belia Mohd Najwan Halimi.

Baginda kemudian menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 500 penerima dalam kalangan anak yatim, ibu tunggal dan persatuan rumah kebajikan.

Selepas berbuka puasa, Sultan Selangor berkenan menunaikan solat fardhu dan sunat tarawih di masjid tersebut.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri ketika majlis berbuka puasa anjuran Yayasan MRCB di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Petaling Jaya pada 27 Mac 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif MRCB Dato’ Ishak Mohamed ketika sembah ucapah berkata Yayasan MRCB ditubuhkan pada 2015 khusus bagi membantu lebih ramai Bumiputera.

Jelasnya yayasan itu memfokuskan program bantuan pendidikan, kemiskinan, kesihatan dan program kelestarian masyarakat.

“Sehingga hari ini, Yayasan MRCB telah melaksana sebanyak 80 program yang memanfaatkan seramai 200,000 penerima bantuan kategori B40,” katanya.

Pengarang :