Orang ramai yang hadir ke kaunter sistem Pangkalan Data Utama (Padu) Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Buaya, Banting pada 29 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Berbaki dua hari kemas kini Padu, lekas kunjungi kaunter fizikal

SHAH ALAM, 30 MAC: Orang ramai dipelawa mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di kaunter fizikal yang berbaki dua hari sebelum tarikh tutup esok.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor memaklumkan lebih 50 kaunter fizikal dibuka mulai 9 pagi hingga 4 petang melibatkan sembilan daerah.

“Jom warga Selangor serbu kaunter Padu berdekatan anda,” menurut kenyataan DOSM Selangor menerusi Facebook.

Individu berumur 18 tahun ke atas terutama ketua isi rumah disaran mendaftar segera dengan sistem Padu bagi mengelak tercicir bantuan atau subsidi bersasar.

Senarai kaunter dan tarikh pembukaan Padu mengikut daerah:

Gombak

  • Lotus’s Rawang (25-31 Mac) (9 pagi – 4 petang) 
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Wangsa Permai dan Desa Satu, Kepong (25 – 31 Mac)
  • Dewan MPKK Kampung Selayang Indah (30 Mac) (10 am – 3 petang)
  • Dewan SJK (C) Kundang (31 Mac) (9 pagi – 3 petang)

Hulu Langat

  • Nadi Dato’ Ahmad Razali (25-31 Mac)
  • Surau Al-Hilal Pandan Indah (31 Mac)

Hulu Selangor

  • Nadi /Pusat Ekonomi Digital (Pedi) Pekan Kuala Kubu Bharu (25-31 Mac)
  • Masjid Noor Hidayah, Felda Sungai Tengi (30 Mac 8 pagi- 1 tengah hari) 
  • Lotus’s Bukit Beruntung (25-31 Mac) (9 pagi – 4 petang) (28 Mac – tutup)
  • Econsave Batang Kali (25, 29, 30 & 31 Mac) (9 pagi – 4 petang)

Kuala Selangor

  • Nadi Pekan Ijok (25-27 & 29-31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Kampung Batu 19, Jeram (25-27 & 29-31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Saujana Utama (25, 26, 30 & 31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Taman Seri Cahaya (25-27 & 29 – 31 Mac) (8 pagi-4 petang) 
  • Nadi Felda Bukit Cherakah (25, 26, 30 & 31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Nadi Sungai Sireh (25-27 & 29 – 31 Mac) (8 pagi-4 petang)
  • Pusat Desa Kampung Raja Musa (30 Mac) (9 pagi – 1 tengah hari)

Sabak Bernam

  • Nadi (Pedi) Kampung Baru Sentosa (26, 30 & 31 Mac)
  • Nadi (Pedi) Pasir Panjang (26, 27, 30 & 31 Mac)
  • Nadi (Pedi) Kampung Tengah Peket 100 (30 & 31 Mac)
  • Nadi (Pedi) Kampung Sungai Leman (26,27,30,31 Mac)
  • Tokong Thean Hok Kion (bersebelahan Dewan SJKC Yoke Huan, Sekinchan) (29-31 Mac)

Klang

  • Balai KRT Taman Meru 3 (29 & 30 Mac)
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong (30 & 31 Mac)
  • Nadi Kota Raja (25 – 31 Mac)
  • Masjid Nurul Jannah, Jalan Jabar, Taman Meru Aman (30 Mac)
  • Dewan Orang Ramai, Kampung Sungai Pelek (30 & 31 Mac)
  • Dewan MPKK Pandamaran (30 Mac)

Petaling

  • UTC Shah Alam (25-31 Mac)
  • Giant Seri Kembangan (25-31 Mac)
  • Giant Kota Damansara  (25-31 Mac)

Sepang

  • Nadi Taman Tenteram (25-31 Mac)
  • Pejabat Ahli Majlis Zon Sri Dengkil (30 Mac)

Kuala Langat

  • Dewan Komuniti Taman Dato Hormat (30 Mac)
  • Nadi Kampung Kundang (27& 29-31 Mac)
  • Dewan Orang Ramai Sungai Manggis (31 Mac)

Sebelum ini, Ketua Pengarah DOSM Selangor Hartini Yaacob berkata kemas kini maklumat isi rumah itu penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang kerajaan pada masa depan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.padu.gov.my bermula 2 Januari sehingga 31 Mac yang dianggar mengambil masa kurang 10 minit.

Padu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu menjadi platform tunggal untuk meningkat kecekapan pengagihan subsidi serta bantuan kepada rakyat yang layak.


Pengarang :