Orang ramai memanfaatkan kemudahan kaunter fizikal untuk mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sempena Sesi Town Hall PADU di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 13 pada 23 Mac 2024. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

9.82 juta rakyat kemas kini data dalam sistem Padu setakat 29 Mac

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini data dan maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.

Menurut status di laman Facebook PADU Official, Selangor merekodkan 1.56 juta individu telah mengemas kini data manakala Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta).

Selain itu, Kelantan (0.67 juta), Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.03 juta) dan Labuan (0.02 juta).

Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini data diminta berbuat demikian sebelum sistem PADU ditutup esok (31 Mac), sama ada di https://www.padu.gov.my atau di kaunter PADU berdekatan.

– BERNAMA


Pengarang :