Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan 1,000 makanan berbuka puasa sempena program Bakul Qaseh Ramadan untuk diedarkan kepada warga kerja dan pengunjung Hospital Cyberjaya pada 27 Mac 2024. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS serah RM10,000 bantu Hospital Cyberjaya laksana program mesra ibadah

SHAH ALAM, 30 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan dana zakat RM10,000 kepada Hospital Cyberjaya bagi menjayakan program hospital mesra ibadah.

Menurut agensi itu, agihan disalurkan menerusi program Creating Shared Value pada Rabu lalu bagi menyantuni golongan barisan hadapan dan hospital secara bersasar.

“Sebagai institusi yang diamanahkan, adalah menjadi kewajipan kepada LZS untuk menyalurkan wang zakat itu agar manfaat zakat dapat digunakan untuk semua.

“Kami amat komited menguruskan dana zakat ini sebaik-baiknya dengan telus, adil dan memastikan keberkesanan agihannya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam program sama, LZS turut mengagihkan 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada warga kerja dan pengunjung Hospital Cyberjaya.

Agihan pek makanan tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan bersama Pengarah Hospital Cyberjaya Dr Shahabuddin Ibrahim.

“Ini merupakan sebahagian platform dakwah LZS kepada masyarakat selain menghidupkan Ramadan dengan program sedekah dan amal jariah,” katanya yang turut menyeru orang ramai berzakat di fpx.zakatselangor.com.my


Pengarang :