Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Masjid dan Surau DUN Gombak Setia serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 31 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 200 asnaf, anak yatim terima bantuan raya kariah masjid

GOMBAK, 1 APRIL: Seramai 182 asnaf fakir miskin, mualaf dan 72 anak yatim menerima bantuan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak di sini semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu adalah hasil pemberian anak kariah masjid terbabit dengan kutipan keseluruhan kira-kira RM250,000.

“Saya kagum melihat semangat ditonjolkan masjid ini sejak bertahun yang kerap mengumpulkan duit sumbangan dan disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Jumlah sumbangan juga amat signifikan dan tinggi nilainya. Semoga ia meringankan beban penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Masjid dan Surau DUN Gombak Setia serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 31 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau DUN Gombak Setia serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak di sini semalam.

Terdahulu, menerusi program sama masing-masing anak yatim menerima wang tunai berjumlah RM1,300 manakala asnaf, fakir miskin dan mualaf RM800.

Sementara itu, penerima Nurhidayah Ibrahim, 38, berkata sumbangan RM800 itu membantunya membuat persiapan untuk anak-anak dalam menyambut lebaran tahun ini.

“Alhamdulillah, syukur sangat bantuan ini dapat meringankan beban kami, boleh beli baju raya dan tambahan kelengkapan sekolah anak-anak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Masjid Dan Surau DUN Gombak Setia serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 31 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Terima kasih pihak masjid kerana prihatin dan sudi menghulurkan bantuan ini, diharap ia diteruskan lagi pada masa akan datang,” kata ibu lima anak itu.

Abdul Rahman Muhammad, 64, berkata sumbangan itu dapat menampung perbelanjaan perubatan tulang kakinya yang patah dan penyakit lain.

“Kos sara hidup sekarang tinggi, memang harap bantuan begini sahajalah bagi saya sebagai pesara dan orang kelainan upaya (OKU) ini,” ujarnya.

Penerima yang juga anak yatim Aidda Syamila Sapari, 15, berkata sumbangan RM1,300 itu dapat menampung perbelanjaan harian dan sekolah.

“Sekarang saya tinggal dengan kakak sulung sejak bapa meninggal dunia pada 2019 disebabkan kencing manis, ibu pula tahun lepas akibat barah.

“Syukur terima bantuan ini boleh buat belanja sekolah dan perbelanjaan harian,” kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Sumbangan Ihya Ramadan Masjid Dan Surau DUN Gombak Setia serta Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 31 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :