ADNSELANGOR

DUN Pandan Indah sedia bakul makanan bantu penduduk sambut Aidilfitri

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menyediakan bakul makanan bagi membantu lebih ramai penduduk sempena sambutan Aidilfitri ini

Wakil rakyat Ir Izham Hashim berkata inisiatif dilakukan susulan agihan baucar Jom Shopping bernilai RM200 hanya terhad kepada 750 penerima sahaja.

Jelasnya permohonan dibuka mulai hari ini hingga esok menerusi pautan https://forms.gle/MwQNV4dHui8eebEc6.

“Saya memahami situasi warga Pandan Indah yang tidak dapat terima baucar Jom Shoping Aidilfitri DUN Pandan Indah. Terlalu ramai memohon, kuota terhad kepada 750 orang sahaja.

“Oleh demikian, saya buka permohonan Bakul Aidilfitri kepada mereka yang tidak menerima sebarang bantuan sepanjang Ramadan ini,” katanya menerusi Facebook.

Semalam Izham menyerahkan baucar Jom Shoping kepada 750 penerima sekitar DUN terbabit dalam majlis yang berlangsung di Pasaraya Giant, Pandan Kapital.

Tahun ini Kerajaan Negeri menyediakan 37,550 baucar sempena hari raya melibatkan peruntukan RM7.510 juta untuk diagih kepada golongan memerlukan.


Pengarang :