PBTSELANGOR

MPKL anjur kempen tukar barangan terpakai dengan duit pada 6, 27 April

SHAH ALAM, 1 APRIL : Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menganjurkan kempen menukar minyak masak, pakaian dan barangan terpakai dengan wang tunai pada 6 dan 27 April ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan orang ramai dipelawa menyertai program tersebut yang akan diadakan bermulla 8 pagi hingga 12 tengah hari di Pasar Awam Banting.

“Menariknya individu yang menghantar barangan dan minyak masak terpakai itu pada tarikh dinyatakan berpeluang untuk menerima tunai daripada pihak MPKL.

“Manakala, sekiranya ada individu yang membawa sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak terpakai akan diberi tong 20 liter secara percuma,” maklumnya di Facebook.

Jenis barangan terpakai yang boleh diletakkan pada hari berkenaan antaranya adalah surat khabar, majalah, kertas, tin, plastik, tetrapek, besi, televisyen dan mesin basuh.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran menerusi talian 012-300 4847.


Pengarang :