Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama selepas melancarkan Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 4 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tingkat produktiviti niaga, MB pelawa usahawan mohon dana hingga RM30,000

SHAH ALAM, 1 APRIL: Usahawan mikro, kecil dan sederhana negeri ini dipelawa memohon bantuan sehingga RM30,000 menerusi Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pada tahun ini sejumlah RM2 juta diperuntuk bagi membantu usahawan meningkatkan produktiviti produk dan perkhidmatan.

“Tahun ini, Kerajaan Negeri memperluas skop DUMS kepada bidang ekonomi kreatif seperti multimedia, seni budaya dan warisan budaya.

“Usahawan berminat boleh memohon di Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Selangor. Moga dana ini dapat bantu mengembangkan perniagaan usahawan negeri ini ke tahap lebih maju,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Bulan lalu, Kerajaan Negeri melancarkan DUMS bagi membantu usahawan kecil meningkatkan produktiviti dengan nilai bantuan sehingga RM30,000.

DUMS yang dijenamakan daripada Dana Usahawan Mikro Selangor mula diperkenal pada 2015 bertujuan membantu peniaga kecil negeri ini meningkatkan produktiviti operasi selain meringankan beban modal membeli peralatan perniagaan.

Menurut Amirudin sebanyak RM20.06 juta telah dibelanjakan Kerajaan Negeri membabitkan 1,029 usahawan mikro yang berjaya dibantu sehingga tahun lalu, sejak inisiatif itu diperkenalkan.


Pengarang :