Orang ramai berkunjung ke reruai Tourism Selangor sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2024 pada 22 hingga 24 Mac 2024. Foto ihsan Tourism Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Matta: Catat jualan hampir setengah juta, Sky Mirror antara tumpuan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Pavilion Selangor mencatat hasil jualan mencecah RM494,362 sepanjang tiga hari penyertaan dalam pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mac lalu.

Menurut kenyataan Tourism Selangor, penyertaan bertemakan “Jom Balik Kampung” disertai 17 pengusaha pelancongan menonjolkan budaya dan warisan negeri khususnya di wilayah utara.

Jelasnya, jualan tertinggi disumbangkan Sky Mirror, Farm in the City dan Jungle School Gombak, yang mempamer hasil rotan dan mengkuang serta kemahiran hidup di hutan oleh suku kaum Semelai.

“Sebagai sebahagian daripada misi pelancongan lestari, penglibatan Jungle School Gombak kunci ke
arah melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Selangor menyasar tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Selangor 2025 dengan tema ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ serta ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere!’


Pengarang :