SHAH ALAM, 4 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri berlangung di 18 lokasi bermula semalam hingga Ahad ini bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah mendapatkan kelengkapan raya.
EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata lima barangan utama iaitu ayam, daging, telur, minyak masak dan beras dijual pada harga bersubsidi melibatkan peruntukan sebanyak RM296,439.
Jelasnya, program khas perayaan ini turut dianjur bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/image_6483441-19-500x333.jpg.webp)
“Semua 18 lokasi ini akan dilaksanakan agensi berkenaan. Fama melibatkan sembilan lokasi, Kohijrah di lima lokasi manakala PKPS kendalikan empat lokasi jualan.
“Ayam dijual RM10 seekor, daging segar (RM35/sekilo (kg) daging beku (RM10/kg), telur (RM10/sepapan), minyak masak (RM35/lima kg) dan beras (RM13/lima kg),” katanya menerusi kenyataan.
Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan penganjuran JER istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa lokasi bagi membantu umat Islam membuat persiapan.
Tahun lalu, Kerajaan Negeri menganjurkan Jualan Mega Ehsan Aidilftri selama enam hari di 23 lokasi seluruh negeri dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.
Lokasi jualan seperti berikut: