Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengedarkan daging lembu kepada golongan memerlukan pada program Rewang Anak Muda anjuran Pemuda Gombak di Dewan Terbuka Batu Caves, Gombak pada 6 April 2024. Foto Facebook Amirudin Shari
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

MB agih daging lembu bantu golongan memerlukan sambut raya

SHAH ALAM, 8 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengagihkan daging lembu kepada golongan memerlukan sekitar Gombak bagi meringkan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap penerima mendapat dua kg daging hasil sembelihan empat ekor lembu pada program Rewang Anak Muda anjuran Pemuda Gombak, kelmarin.

“Alhamdulillah, sebanyak lima ekor lembu disembelih, empat ekor untuk diagih kepada yang memerlukan manakala seekor lagi dimasak untuk program Moreh Perdana.

“Sebanyak 350 batang lemang turut dibakar untuk diagih kepada penerima serta dijadikan juadah untuk Moreh Perdana,” katanya di Facebook.

Memuji penganjuran berkenaan, ahli Parlimen Gombak berkata program berkenaan mampu memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan golongan muda bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu penduduk memasak pada program Rewang Anak Muda anjuran Pemuda Gombak di Dewan Terbuka Batu Caves, Gombak pada 6 April 2024. Foto Facebook Amirudin Shari

 


Pengarang :