Dua beradik Mariam Abu Akel dan abangnya Hamed diselamatkan dari runtuhan rumah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 29 Disember 2023. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Israel serang bandar Rafah, lapan orang awam terbunuh

GAZA, 11 APRIL: Lapan orang awam terbunuh dan yang lain cedera hari ini dalam pengeboman pendudukan di bahagian timur bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber perubatan, pesawat perang Israel menyasarkan sekumpulan orang awam di sekitar Tanah Perkuburan Timur di timur Rafah, membunuh lima orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Tiga orang awam juga terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan Israel di kawasan kejiranan al-Janina di timur bandar Rafah.

— BERNAMA-WAFA

 


Pengarang :