Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada orang ramai pada Rumah Terbuka Malaysia MADANI di UiTM Cawangan Pulau Pinang pada 6 Mei 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM ajak rakyat sertai jamuan raya di Batang Kali hari ini

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, pada jam 12 tengah hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan.

“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal ini,” katanya.

-BERNAMA

 


Pengarang :