Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu pada jamuan hari raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama ribuan warga Batang Kali

HULU SELANGOR, 12 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri jamuan hari raya Aidilfitri bersama ribuan penduduk di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Anwar yang tiba jam 12.20 tengah hari itu disambut EXCO Perumahan Borhan Aman Shah, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad dan Pegawai Daerah Hulu Selangor Yuhanas Auree Kamaruddin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu pada jamuan hari raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Dihadiri ribuan penduduk, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto dengan tetamu sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sementara itu Saifuddin berkata jamuan anjuran Pejabat Menteri Besar dan pejabat penyelaras DUN Batang Kali diadakan bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama penduduk setempat.

“Kita mahu raikan penduduk sempena Aidilfitri dan menariknya mereka berpeluang bertemu dengan perdana menteri yang pertama kali hadir ke Batang Kali.

“Penduduk dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan antaranya sate, lemang, rendang, nasi kandar, nasi minyak dan air balang,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
Ribuan tetamu hadir pada jamuan hari raya dan solat Jumaat bersama perdana menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada 12 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Pengarang :