Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengagihkan 5,275 kotak makanan asas kepada keluarga kurang berkemampuan sejak 2020. Foto Facebook Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Air Selangor agih 5,275 bakul makanan buat keluarga kurang mampu

SHAH ALAM, 13 APRIL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempelawa orang ramai terus menyumbang kepada bantuan bakul makanan Box of Hope.

Air Selangor memaklumkan setakat ini 5,275 kotak makanan asas diagihkan kepada keluarga kurang berkemampuan sejak dilancar pada 2020.

“Setiap sumbangan yang anda berikan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi Facebook.

Pihak yang ingin menyumbang boleh layari pautan https://www.airselangor.com/boxofhope/.

Inisiatif Box of Hope dilancar bertujuan untuk membantu komuniti B40 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan mengagihkan keperluan makanan asas.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Sesama Mara iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Air Selangor.


Pengarang :