AGENDAJENAYAH

Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok

JELI, 13 APRIL: Suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.

“Mangsa masing-masing berusia 50 tahun cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.

– BERNAMA


Pengarang :