Loji Jana Kuasa berkapasiti 700 megawatt Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kapar. Foto Facebook Bernama Radio
SELANGOR

Gangguan elektrik berperingkat di Jenjarum hingga Khamis

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 30 kawasan di Jenjarum, Kuala Langat mengalami gangguan elektrik sementara secara berperingkat mulai hari ini sehingga Khamis.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pekan Jenjarum.

“Gangguan bekalan elektrik sementara selama 15 hingga 30 minit secara berperingkat akibat pemasangan dan penanggalan genset.

“Kerja-kerja ini akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Kawasan terlibat seperti berikut:
1. Taman Desa
2. Kampung Baru Sungai Jarom
3. Taman Yayasan 5
4. Telok Panglima Garang
5. Jalan Raja Busu
6. Taman Makmur
7. Jaromas 1,4,5 & 6
8. Taman Kota
9. Econsave Jaromas
10. Simpang Kampung Jenjarom
11. Sekolah Menengah Jenjarom
12. Jalan Luhur 18
13. Jalan Abu Masmo
14. STP Jaromas
15. Taman Amanah 3
16. Stesen Suis Utama Jaromas
17. Ang Ken Seng
18. PDT Jalan Satria 6 & 58
19. CS Grow Max
20. Sin Kim Hin
21. TPG Industri Park 2
22. Sungai Rambai
23. Timber Top
24. No Problem
25. Peer Mark Properties
26. MTD Jalan Segenting
27. Kien Aik Realty Sdn Bhd
28. Fanta Asli
29. Taman Bersatu
30. Taman Desa Jarum 2

TNB menyeru pengguna melakukan persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan untuk keselesaan mereka.

“Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum,” katanya.

TNB turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan.

Hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau Facebook TNB Careline dan Twitter @Tenaga_Nasional untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Pengarang :