ADNBERITA UTAMASELANGOR

1,000 kupon digital disedia kepada pengunjung Bikes Meet X Raya

SHAH ALAM, 20 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan program Bikes Meet X Raya yang berlangsung di Pusat Perdangangan Ara, Jalan Ara 4 Batang Kali bermula 10 pagi esok.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata sebanyak 1,000 kupon Platform Selangor (PLATS) bernilai RM5 disediakan kepada pengunjung.

“Hadir beramai-ramai dan kunjungi trak-trak makanan dari PLATS yang akan turut berada di sana!.

“1,000 kupon bernilai RM5 disediakan pada yang hadir! Suami, isteri, adik, abang, kakak, makcik dan pakcik boleh datang sekali. Semua kita bagi kupon percuma,” katanya di Facebook.

Program PLATS dianjurkan bersama Rakan Digital Selangor dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Majlis Belia Negeri Selangor dan Persatuan Usahawan Bandar Utama Batang Kali.

 

 

 


Pengarang :