Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Jerman di Restoran Suhag, Munich, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB temu, ramah mesra bersama anak Selangor di Jerman

SHAH ALAM, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar bertemu dan beramah mesra bersama rakyat Malaysia dalam sesi lawatan kerja rasminya ke Jerman bermula Jumaat lalu.

Melalui pertemuan lebih dua jam itu, Dato’ Seri Amirudin Shari makan tengah hari dan bertanya khabar kepada mahasiswa khasnya anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di Munich.

“Alhamdulillah, rombongan lawatan kerja Kerajaan Negeri Selangor ke Jerman selamat tiba dan kami meluangkan masa bersama diaspora anak-anak Selangor untuk majlis makan tengah hari.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bertemu penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Jerman di Restoran Suhag, Munich, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya teruja dapat bertemu warga Selangor di Munich dan menghabiskan dua jam bertanya khabar serta berbincang tentang kehidupan mereka di sini,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Amirudin turut berterima kasih kepada semua yang hadir serta berharap segala usaha sepanjang lawatan dan pertemuan itu mendatangkan hasil yang bermanfaat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi duit raya kepada penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke Jerman di Restoran Suhag, Munich, Jerman pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Antara penuntut dari Selangor yang melanjutkan pelajaran di Jerman pada program bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Restoran Suhag, Munich pada 19 April 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :