SHAH ALAM, 26 APRIL: Peminat sukan golf dipelawa menyertai Kejohanan Golf Amal Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 12 Mei depan.
Yide memaklumkan kejohanan golf yang memasuki tahun ke-10 itu dianjurkan bagi mengumpul dana menyiapkan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.
“Anggaran kos keseluruhan pembangunan adalah sebanyak RM17 juta dengan sumbangan terkumpul adalah RM9.6 juta. Manakala baki dana yang diperlukan adalah RM7.4 juta.
“Ayuh kita bersama menyertai kejohanan ini demi menjayakan inisiatif mercu ikonik Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah,” maklumnya di Facebook.
Menurut Yide pendaftaran kejohanan golf amal berkenaan masih dibuka sehingga 5 Mei yuran penyertaan RM1,250 dikenakan kepada seorang peserta manakala RM5,000 bagi ‘satu flight’.
Jelas agensi itu, istimewanya kejohanan golf Yide pada tahun ini akan menggunakan sistem format ‘Texas Scramble’ yang turut digunapakai pada kejohanan sukan golf antarabangsa.
Untuk pendaftaran penyertaan sila klik pautan berikut //yide.onpay.my/order/form/7
Sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan atau penajaan boleh hubungi Mohd Akmal Hafsyam Ghazali di talian 017-756 9478, Ahmad Fadhil Nor Rozaman (012- 9453 9592) atau Haniff Junidin (017-756 9451).