Program Selangor Berta dabbur di Masjid Bandar Utama Batang Kali yang disampaikan oleh ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

Selangor Bertadabbur: Umat Islam diseru amal adab bermasyarakat

SHAH ALAM, 26 APRIL: Program Selangor Bertadabbur di Masjid Bandar Utama Batang Kali hari ini menghuraikan surah al-Hujurat yang disampaikan oleh ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy.

Menurut sukarelawan Team Selangor,  huraian surah itu mengajak umat Islam memahami adab bermasyarakat.

“Pengisian surah al-Hujurat mendorong kita untuk memahami adab bermasyarakat yang boleh kita aplikasi dalam kehidupan sekarang.

“Semoga para jemaah yang hadir pada kali ini dapat menghayati dan mendalami mesej dari ayat-ayat Allah,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata Program Selangor Bertadabbur akan diperluaskan ke sekolah, masjid dan surau sebagai ikhtiar mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.

Malah, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri turut berhasrat meneruskan program yang telah memasuki tahun keenam itu diadakan di luar bulan Ramadan.

Untuk makluman, program anjuran Asatizah Selangor bersama Team Selangor itu akan diteruskan pada 28 April ini, jam 9 hingga 10.30 pagi.

 


Pengarang :