AGENDAJENAYAH

Dua beradik cedera, rumah, kenderaan dihempap pokok tumbang

IPOH, 1 MEI: Dua beradik iaitu remaja perempuan, 15, dan adik lelakinya, 13, cedera selepas sebatang pokok bersaiz dua pemeluk tumbang menghempap sebuah rumah dan kenderaan dalam kejadian di Jalan Menteri dekat Selama, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan pada 4.17 petang tadi dan adik-beradik itu sudah dibawa ke Hospital Selama sebelum ketibaan bomba.

“Pokok yang tumbang dipotong dan dialihkan bagi memastikan tiada lagi risiko,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian hujan lebat serta ribut di kawasan itu.

Operasi tamat pada 6.33 petang.

– BERNAMA


Pengarang :