AGENSISELANGOR

Mais tawar harga promosi RM200 urus wasiat sebelum tunai haji

SHAH ALAM, 3 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan harga promosi RM200 bagi penulisan wasiat khasnya buat jemaah haji yang akan menunaikan rukun Islam kelima.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar menjelaskan tawaran istimewa mulai 24 April hingga 30 Jun juga terbuka kepada orang awam untuk membuat pesanan pembahagian harta.

Beliau berkata promosi itu meliputi pelantikan wasi dan penyediaan wasiat untuk membantu individu berkaitan melaksana kebajikan diingini dan melunaskan hutang termasuk nafkah.

Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar

“Selain itu, permohonan wasiat ini juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim dalam keluarga termasuk mengelakkan harta pusaka menjadi beku.

“Mais melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut syarak kepada benefisiari serta waris,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, permohonan wasiat boleh dibuat melalui pautan https://siswa.mais.gov.my atau hubungi Bahagian Dakwah di talian 010-251 9556 untuk maklumat lanjut.


Pengarang :