Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao menunjukkan manifestonya pada Ceramah Mega Perpaduan PRK N.06 Kuala Kubu Baharu di Bandar Utama Batang Kali pada 03 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Manifesto Calon Kerajaan Perpaduan tumpu tingkat ekonomi, kebajikan rakyat

HULU SELANGOR, 4 MEI: Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao membentang manifesto yang memuatkan pelbagai usaha bagi membela penduduk Kuala Kubu Bharu (KKB) jika terpilih sebagai wakil rakyat.

Beliau turut menghuraikan kandungan dokumen mengandungi lima teras itu di depan pemimpin negeri dan persekutuan dalam Ceramah Mega Perpaduan yang dihadiri ratusan penduduk di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi.

Berazam memberi khidmat terbaik tanpa mengira kaum dan agama atau latar belakang, Sock Tao juga memberitahu manifesto berkenaan hasil maklum balas penduduk sepanjang seminggu berkempen.

Berikut ringkasan intipati manifesto tersebut:

Ekonomi

  • membangunkan pelancongan tempatan, keusahawanan dan pembangunan industri
  • KKB sebagai lokasi bercuti hujung minggu
  • mencipta lokasi unik supaya tular di media sosial
  • memanfaat program keusahawanan negeri untuk penduduk
  • tingkat peluang kerja di Kawasan Industri Berteknologi Tinggi di Serendah

Kemudahan awam

  • liputan internet yang luas dan laju
  • tingkat mutu prasarana termasuk penyelenggaraan berkala
  • tambah papan tanda, lampu jalan solar, laluan pejalan kaki dan basikal serta tandas awam
  • tambah baik laluan perhubungan KKB dengan bandar utama
  • sedia tapak parkir dan van pelancongan untuk elak kesesakan

Kesejahteraan rakyat

  • sedia peruntukan bantu ibu atau bapa tunggal, orang miskin, orang kurang upaya
  • pastikan tiada tercicir dari bantuan pusat khidmat DUN KKB
  • sediakan pasukan pelbagai kaum untuk komunikasi berkesan dengan rakyat

Alam sekitar

  • pastikan kualiti Sungai Chiling terpelihara
  • bangunkan KKB sebagai bandar taman
  • naik taraf, tambah kemudahan rekreasi dan lokasi pelancongan baru

Warisan dan budaya

  • teruskan legasi mending Lee Kee Hiong dalam aspek seni, sejarah
  • pulihara dan kekalkan sebagai tapak warisan dan budaya
  • perbanyak program warisan dan budaya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Pengarang :