Pemain Harimau Malaya Faisal Halim dan Brendan Gan meraikan jaringan ketika menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Qatar pada 25 Januari 2024. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemain Manchester United luah simpati, harap Faisal segera sembuh

SHAH ALAM, 11 MEI: Pemain Manchester United berharap pemain Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid pada Ahad lalu agar segera sembuh.

Alejandro Garnacho dan penjaga gol utamanya, Andre Onana turut menyatakan rasa sedih dengan kejadian dan menegaskan bahawa mereka bersama Faisal.

“Kami mendapat berita tentang apa yang terjadi. Kami juga merasainya di sini dan kami menegaskan bahawa kami semua bersama Faisal.

“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menghadapi situasi ini,” katanya menerusi temu bual bersama Stadium Astro.

Arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain sayap Harimau Malaya cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Pemain sensasi Red Giants itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.

Susulan itu, semalam, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC Dr Muhammad Hazwan Khair berkata Faisal  pemindahan kulit minggu ini bagi merawat lecur tahap empat bagi mempercepat pemulihan atlet terbabit.

Sementara itu, EXCO Sukan Najwan Halimi di aplikasi X berkata ketika ini pemain kebangsaan itu berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun pemain berusia 26 tahun itu tidak dibenarkan menerima pelawat dalam tempoh pemantauan selepas menjalani pembedahan ketiga.


Pengarang :