Foto laman X ahelaz
AGENDANASIONAL

Papan iklan besar solidariti Faisal Halim dipasang sekitar Lembah Klang

SHAH ALAM, 11 MEI: Papan iklan besar tertulis ‘Stand with Faisal Halim, Stop The Violence’ dipasang sekitar Lembah Klang sebagai tanda setia kawan bersama pemain Selangor FC itu.

Ia susulan insiden melibatkan pemain sayap lincah berusia 26 tahun itu yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan, selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.

Foto laman X Izu Ezekiell

Kejadian itu meraih simpati pelbagai pihak termasuk pemain bola sepak luar negara yang mendoakan kesejahteraan Faisal.

Pemain Manchester United Alejandro Garnacho dan  Andre Onana antara yang menyatakan rasa sedih serta berharap pemain Harimau Malaya itu segera sembuh.

Pada Rabu, Selangor FC menghantar permohonan rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya mempertimbang cadangan menunda Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung semalam atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, MFL menerusi kenyataan menolak permohonan itu dan memberikan kemenangan kepada JDT dengan jaringan 3-0.

Foto laman X Suaidah

 


Pengarang :