Orang ramai menunggu giliran untuk membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah di Dataran Pandan Prima, Ampang Jaya pada 14 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

JER DUN Pandan Indah diawalkan, ratusan penduduk beratur sejak 7 pagi

AMPANG JAYA: Kira-kira 200 penduduk sekitar Dewan Udangan Negeri Pandan Indah beratur sejak 7 pagi bagi mendapatkan nombor untuk membeli barangan pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dataran Pandan Prima di sini, hari ini.

Pekerja am Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jualan murah yang dijadual bermula 10 pagi diawalkan setengah jam bagi mengelak pengunjung yang sebahagian besarnya warga emas beratur terlalu lama.

Pekerja Am PKPS, Muhammad Adli Affandi Hamdan bercakap kepada SelangorKini ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah di Dataran Pandan Prima, Ampang Jaya pada 14 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Orang sudah mula ramai seawal jam 7 pagi. Kita pun terkejut tengok. Jadi atas persetujuan penduduk, jualan diawalkan bermula jam 9.30 pagi berbanding sepatutnya pada jam 10 pagi.

“DUN Pandan Indah ini antara lokasi JER yang paling mendapat sambutan penduduk. Malah tadi saya bertemu pembeli yang datang sejauh dari Klang,” kata Adli Affandi Hamdan kepada Selangorkini.

Sementara itu, pesara, Hashim Maswadi, 66, berkata beliau bersyukur kerana masih berpeluang mendapatkan nombor giliran walaupun hadir pada jam 8 pagi.

Hashim Maswadi, 66,

“Saya terkejut juga tengok orang sudah ramai. Saya ingatkan saya yang paling awal. Tetapi nasib baik pihak penganjur kata masih ada nombor giliran.

“Saya suka beli di sini kerana dapat jimat banyak. Harganya memang jauh lebih murah berbanding di pasar raya. Setiap kali JER ada di Pandan Jaya, saya pasti datang,” katanya.

Sementara itu, suri rumah, Leong Yean Ling, 51, hadir bagi memperkenalkan program jualan murah berkenaan kepada kakaknya, Leong Yean Fem, 59, yang pertama kali mengetahui mengenainya.

Leong Yean Ling , 51,

Yean Ling berkata kakaknya terkejut melihat banyak barangan dapur dijual pada harga rendah berbanding di kedai dan pasaraya sekali gus memberi penjimatan berganda.

“Siapa yang tidak suka barang murah. Jadi hari ini saya bawa kakak saya datang. Dia nampak seronok dan membeli banyak barangan di sini. Saya pun tumpang gembira,” katanya.

R. Tamawani Dewe, 67,

Suri rumah, R. Tamawani Dewe, 67, memuji barangan yang ditawarkan di program JER amat berkualiti walaupun dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran

“Saya suka datang jualan murah ini. Hari ini saya datang bersama jiran. Saya suka beli ayam, beras dan telur. Kualiti juga amat baik walaupun ia murah. Semuanya bagus,” katanya.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Pandan Indah di Dataran Pandan Prima, Ampang Jaya pada 14 Mei 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :