Kerajaan Negeri menganjurkan program Selangor Saring yang menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Peluang warga DUN Lembah Jaya jalani saringan kesihatan percuma minggu depan

SHAH ALAM, 14 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai pemeriksaan kesihatan percuma, Selangor Saring di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 25 Mei mulai 9 pagi hingga 3 petang.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin berkata program berlangsung di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Kampung Tasik Tambahan menawarkan saringan fizikal, ujian darah, air kencing, barah, mata dan gigi.

EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Karnival Prihatin @ Kuala Langat di The Arc @ Bandar Rimbayu, Kuala Langat pada 17 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Anda digalak membuat pendaftaran di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah). Saringan ditawar berdasarkan penilaian faktor risiko melalui borang awal di SELangkah,” katanya menerusi Facebook.

Jamaliah turut berkongsi langkah pendaftaran menerusi SELangkah. Berikut merupakan cara mendaftar:

  • muat turun aplikasi SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh di atas

Selangor Saring diperkenal dua tahun lalu bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal, terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.


Pengarang :