Antara orang ramai yang hadir pada Program makan percuma peringkat MBSA di Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam pada 15 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA beri makanan percuma kepada 300 orang, bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 15 MEI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi makanan percuma bernilai RM10 kepada 300 pengunjung medan selera Seksyen 2, di sini hari ini.

Datuk Bandar Cheremi Tarman berkata inisiatif bertujuan meringankan beban belanja golongan memerlukan terutama pelajar, penjawat awam serta pekerja kilang.

“MBSA akan memperluaskan program julung kali ini ke Sungai Buloh dan Jalan Kebun. Mungkin jumlah penerima ditingkatkan kepada 500 orang supaya lebih ramai dapat dibantu.

Datuk Bandar Shah Alam IR Cheremi Tarman (dua dari kiri) memberi makanan kepada orang ramai ketika hadir pada Program makan percuma peringkat MBSA di Medan Selera Prima Seksyen 2, Shah Alam pada 15 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Selain meringankan beban, program julung kali ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara majlis dengan penduduk selain menggalakkan komuniti membantu golongan memerlukan,” katanya.

Ditemui selepas program berkenaan, Cheremi berkata inisiatif juga merupakan sebahagian matlamat pembangunan mampan iaitu tiada kemiskinan serta komuniti dan bandar mampan.

“Ini mungkin juga program yang pertama dilakukan pihak berkuasa tempatan di Selangor. Sebelum ini kita turut menghulur sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin pada Ramadan,” katanya.


Pengarang :