SHAH ALAM, 16 MEI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas murah berlangsung di empat lokasi mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari ini.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program diadakan di Masjid Al-Muhajirin, TUDM Subang (Seri Setia) dan kawasan parkir Taman Rakyat, Taman Sri Andalas (Sungai Kandis).
Jualan sama turut dijadual berlangsung di pasar tani Kampung Melayu Subang (Kota Damansara) dan Surau Al-Falah, Jalan Cendana 5, Taman Sri Pekan (Bandar Baru Klang).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS