Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Leong Tuck Chee (belakang, tengah) bersama pengamal media pada majlis makan malam bersama media Melayu di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Pandamaran rai pengamal media, hargai liputan terbaik kepada rakyat

KLANG, 16 MEI: Kira-kira 30 pengamal media diraikan dalam majlis makan malam anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran semalam.

Wakil rakyatnya berkata majlis itu bagi menghargai petugas media yang bertungkus lumus membuat laporan dalam memberi maklumat kepada masyarakat.

“Kita berbesar hati meraikan rakan media yang banyak membantu memberikan liputan terbaik sehingga kini.

“Semoga hubungan ini lebih erat demi manfaat rakyat keseluruhannya,” kata Tony Leong Tuck Chee ketika berucap pada majlis itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Leong Tuck Chee (tiga, kiri) meraikan pengamal media pada majlis makan malam bersama media Melayu di Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Klang pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Tony menambah program itu juga sebagai usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara pihaknya bersama rakan media.

Turut hadir pada majlis itu beberapa ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan ketua kampung.


Pengarang :